Kejohanan Futsal Piala Zahrah Saad

Seremban, 26 Oktober 2024 | Kejohanan Futsal Piala Zahrah Saad  yang dianjurkan oleh Persatuan Jururawat Islam Malaysia (INAM) dengan kerjasama dari Majlis Belia Negeri Sembilan dan Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan berlangsung dengan meriah pada 26 Oktober 2024 di All Star Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Ia dijayakan dengan kehadiran 140 peserta, 20 Pengurus Pasukan bertanding dan 20 orang sukarelawan INAM dalam menjayakan kejohanan ini.

Pemenang untuk kejohanan yang julung kali dianjurkan ini, adalah :

  1. HPUSM 
  2. Mixed FC
  3. MN HTAR
  4. UNISZA

Johan dimenangi oleh Pasukan HPUSM dengan membawa pulang RM2,000.00 dan medal beserta trofi Piala Pusingan Zahrah Sa'ad 2024.

Tempat Naib Johan pula dimenangi oleh Pasukan Mixed FC dari Melaka.Mereka ini membawa pulang medal dan wang ringgit RM1,200.00

Tempat ke-3 pula dimenangi oleh pasukan MN HTAR , membawa balik medal dan wang ringgit RM700.00

Tahniah buat pasukan UNISZA yang telah mendapat tempat ke-4 dengan hadiah medal dan wang ringgit RM500.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top