
Chow Kit, 18 Jun 2024 | Dalam sejarah sebagaimana yang disampaikan dalam Al Qur’an terdapat dua peristiwa dilakukannya ritual korban iaitu oleh Habil dan Qabil, putera Nabi Adam alaihis salam, serta pada saat Nabi Ibrahim akan mengorbankan Nabi Ismail atas perintah Allah.
Pada 18 Jun 2024 bersamaan 11 Zulhijjah 1445H yang lalu, PERSATUAN JURURAWAT ISLAM MALAYSIA (INAM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab Kuala Lumpur, Sukarelawan YADIM dan Kelab Kebajikan Pawana Kuala Lumpur telah diadakan di Rumah Singgah Teduh Nur Qaseh, Chow Kit, Kuala Lumpur.
Sebanyak 2 ekor lembu dan 3 ekor dikorbankan sempena majlis qurban kali ini yang disertai seramai 17 orang peserta yang mengambil bahagian. Hasil korban ini diagihkan kepada penduduk di sekitar kawasan Chow Kit yang telah dikenalpasti layak dengan pemberian daging korban serta makanan yang siap di masak.
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa merasmikan majlis penyampaian qurban tersebut.
Semoga ibadah qurban yang dijalankan ini diterima oleh Allah dan mendapat keberkatan dariNya. Insya Allah sekiranya diberikan kesempatan dan peluang, tahun hadapan INAM akan sekali lagi akan menganjurkan Program Qurban ini sekali lagi.
























Interesting