INAM kemuka empat cadangan elak jururawat terbeban

Shah Alam, 24 November 2024 | Persatuan Jururawat Islam Malaysia (INAM) menggariskan empat cadangan yang boleh difokuskan oleh kerajaan bagi mengelakkan jururawat terbeban dengan kerja yang melampau sekiranya tambahan 3 jam waktu bekerja seminggu dilaksanakan.

Pengerusinya, Zamri Shahri berkata, antara cadangan tersebut ialah penambahan waktu seharusnya diberikan  ruang ketika bekerja pagi sahaja, satu waktu fleksible ditawarkan, tidak digalakkan tambah selepas habis kerja malamdan hujung waktu sesi petang.

Jelasnya, ini kerana cabaran dalam kerjaya seorang jururawat tidak disamakan dengan bidang lain. Menjaga orang sakit, cabaran mental dan fizikal adakalanya terlalu subjektif. Ia memerlukan keseimbangan emosi dan fizikal yang sihat bagi memastikan perawatan terbaik dapat diberikan.

Ini belum lagi ditambah pelbagai isu berkaitan waris, jenis prosedur yang perlu dilakukan di waddan perancangan perawatan doktor yang dinamik. Ia menjadikan seorang jururawat itu telah terbeban dengan bebanan yang bukan semua orang mampu menggalasnya.

Jadi, dengan lebih masa berada di wad, sudah pastinya bebanan kerja akan bertambah. Maka kita semua percaya is sksn mendatangkan kesan negatif kepada jururawat secara individu” katanya pada Sinar Harian.

Bagaimanapun Zamri berkata pihaknya akur dengan keputusan kerajaan dan menyokong sepenuhnya perancangan yang ingin dilakukan. Selagi mana ia mendatangkan manfaat kepada penjagaan pesakit dan yang paling utama, kebajikan para jururawat itu terjaga, kami akur. Ingatlah, jika “jantung” hospital ini sakit maka akan lumpuh sistem kesihatan negara ini.” ujar beliau.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysi (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) digesa menyemak semula keputusan mewajibkan tambahan 3 jam waktu bekerja seminggu untuk jururawat wad bermula 1 Disember ini.

Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) dalam kenyataan berkata, arahan baru dibawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awan (SSPA) itu bukan sahaja tidak adil malah berisiko memburukkan lagi keadaan dihadapi kakitangan kejururawatan yang menjadi tulang belakang sistem penjagaan kesihatan negara.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan , Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan tambahan waktu bekerja jururawat selama 3 jam di wad hospital dibawah arahan baharu SSPA munasabah kerana kebajikan lebih terjaga.

Link Sinar Harian :  https://www.sinarharian.com.my/article/698289/berita/nasional/inam-kemuka-empat-cadangan-elak-jururawat-terbeban

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top