Poster-NSC-2.0---24082025

NURSING SPIRITUAL CARE SYMPOSIUM 2.0 (NSC 2.0)

Dalam menghadapi situasi kecemasan dan krisis, jururawat bukan sahaja bertanggungjawab merawat luka fizikal, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menyokong kesejahteraan emosi dan spiritual pesakit. Simposium ini bertujuan untuk menekankan kepentingan penjagaan spiritual dalam amalan kejururawatan, terutamanya ketika berhadapan dengan tekanan dan keadaan kritikal.

Program ini akan menghimpunkan para pakar dalam bidang kejururawatan, kesihatan mental, penjagaan spiritual, dan pengurusan krisis bagi memperkaya kefahaman dan kemahiran peserta dalam memberikan penjagaan holistik yang merangkumi aspek jasmani dan rohani.

Peserta akan didedahkan kepada amalan berasaskan bukti, perkongsian pengalaman sebenar di lapangan, serta strategi inovatif dalam mengintegrasikan penjagaan spiritual dalam penjagaan kecemasan. Simposium ini juga bertujuan untuk menyemai nilai belas ihsan, harapan dan daya ketahanan dalam kalangan jururawat agar terus cekal dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit pada saat-saat paling mencabar dalam hidup mereka.

Akhirnya, simposium ini diharap dapat meningkatkan penghargaan terhadap dimensi spiritual dalam penjagaan kesihatan serta mendorong kerjasama rentas bidang dalam usaha memberi harapan dan penyembuhan di saat krisis.

OBJEKTIF

Penganjuran simposium ini berteraskan kepada beberapa objektif, iaitu :

  • Untuk meneroka peranan penjagaan rohani dalam situasi kecemasan dan krisis.
    Memberi pendedahan tentang bagaimana penjagaan spiritual dapat memberi kesan positif kepada pesakit dalam situasi kecemasan atau krisis.
  • Untuk meningkatkan kecekapan jururawat dalam mengintegrasikan penjagaan rohani ke dalam amalan kejururawatan kecemasan.
    Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan jururawat dalam menggabungkan elemen spiritual dalam penjagaan kecemasan.
  • Untuk membincangkan amalan dan model berasaskan bukti untuk penjagaan rohani dalam tetapan penjagaan kesihatan tekanan tinggi. Membincangkan pendekatan dan amalan berasaskan bukti dalam memberikan penjagaan spiritual di persekitaran penjagaan kesihatan yang mencabar.
  • Untuk memupuk kerjasama antara profesional dalam menyampaikan penjagaan pesakit holistik.
    Menggalakkan kerjasama antara disiplin dalam memberikan penjagaan holistik kepada pesakit.
  • Untuk memberi inspirasi dan memperkasakan penyedia penjagaan kesihatan untuk menawarkan harapan dan sokongan emosi semasa detik kritikal.
    Memberi inspirasi dan semangat kepada penyedia penjagaan kesihatan untuk menjadi sumber harapan dan sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga mereka.

BAYARAN

Untuk penyertaan NURSING SPIRITUAL CARE SUMPOSIUM 2.0 (NSC 2.0) ini terbahagai kepada 2 kategori, iaitu Ahli INAM dan Bukan Ahli INAM.

Bayaran pendaftaran adalah seperti berikut :
Ahli Seumur Hidup INAM – RM100.00 | Ahli Biasa INAM – RM120.00
Bukan Ahli INAM – RM150.00

Bayaran hendaklah dibayar melalui :

Akaun : PERSATUAN JURURAWAT ISLAM MALAYSIA
Bank :  MAYBANK  |  No. Akaun : 5640 9851 3333

Nota : Bayaran Pendaftaran tidak termasuk Penginapan. Sekiranya anda memerlukan kemudahan Penginapan, pihak Urusetia sedia membantu untuk membuat tempahan Penginapan. Sila maklumkan selepas pendaftaran dibuat.

BORANG PENDAFTARAN

Pendaftaran Ditutup

Logo INAM 3-01

Matlamat penubuhan persatuan ini berorientasikan pendidikan dan kebajikan dalam membawa jururawat muslim aktif berpersatuan dan memberi sumbangan kepada profesyen kejururawatan serta masyarakat diluar waktu rasmi bekerja berteraskan dakwah dan perjuangan nilai etika Islam dalam dunia kejururawatan. 

Hubungi Kami

Scroll to Top