
CHOW KIT, KUALA LUMPUR, 8 Jun 2025 – Tepat jam 8.15 pagi 11 Zulhijjah 1446H bersamaan 8 Jun 2025 team INAM telah sampai ke Ladang Ternakan Kg. Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Lembu dan kambing – kambing yang telah siap sembelih akan dilapah dan dibungkus di kawasan ini.
Terima kasih kepada sukarelawan para penduduk Kg Talang yang sanggup meluangkan masa membantu Team INAM dalam proses pembungkusan dan melapah daging.
Bagi korban seekor lembu, peserta yang terlibat adalah ;
- Haslinda Binti Hamzah
- Elsa Mardian Busri
- Rohani binti Sipelistah
- Zahrah binti Saad
- Mohd Zaid bin Hashim
- Siti Nur Ain binti Mohd Noor
- Muhammad Ibrahim bin Nasir

Alhamdulillah selesai sudah proses penyembelihan seekor lembu dan 2 ekor kambing bagi program Korban Inam 2025.

Dianggarkan lebih kurang 170 kg tulang dan daging lembu dapat kita asingkan.
Manakala organ dalaman, kepala dan kaki tidak kita ambil dan di sedekahkan kepada sukarelawan yang hadir.

Tulang-tulang dan daging dipotong kecil bagi memudahkan untuk sukarelawan Ar Riqab untuk memasak.

Selebihnya semua dilapah dan dipotong kecil untuk dibawa ke Rumah Teduh Nur Qaseh, KL bagi proses memasak sebelum dihidangkan kepada gelandangan, para asnaf dan keluarga miskin sekitar Chow Kit.

Kesemua daging/tulang lembu dan kambing yang telah dipotong kecil dimasukkan ke dalam bekas dan dibawa ke Rumah Singgah Teduh Nur Qaseh, Chow Kit, Kuala Lumpur.

Lebih kurang jam 3.30 petang kami sampai ke Rumah Teduh Nur Qaseh, Kuala Lumpur. Kami disambut oleh Prof. Dr. Nora dari Universiti Malaya selaku wakil Ar Riqab dan team sukarelawan memasak.

Sebaik tiba, team sukarelawan memulakan tugas masing2 bagi memasak semua daging dan tulang yang dibawa. Menu utama pada hari itu ialah Khabsah Kambing dan Sup Tulang dan daging.


Selain nasi Arab, Khabsah dan sup tulang, golongan asnaf sekitar Chow Kit juga akan disajikan dengan Roti Bakar dan Sup Cendawan.
MasyaAllah, terima kasih kepada para sukarelawan yang bersungguh dalam menyantuni golongan yang tidak bernasib baik ini.

Pada jam 7 petang, sebaik sahaja semua makanan siap di masak, para sukarelawan dijemput menjamu selera bagi memudahkan para sukarelawan melakukan task yang diberikan sebaik para tetamu dan Keluarga asnaf yang dijemput datang.

Terima kasih kepada sukarelawan yang hadir. Tanpa mereka, memang kami tak menang tangan untuk sediakan makanan terbaik buat golongan sasaran.
Hanya Allah azwj sahaja yang seberhaknya membalas jasa-jasa mereka.

Tepat jam 7.45 malam di tepi jalan berhadapan Rumah Teduh Nur Qaseh, team INAM mengadakan core business kita iaitu Health Education. Disamping para asnaf yang datang untuk makan, kami mengambil kesempatan untuk berdiskusi secara santai bersama mereka semua.
Health Street Education ini telah menjadi aktiviti teras kita sejak INAM ditubuhkan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hassila , Sukarelawan INAM dan Pensyarah Kejururawatan dari KPTM Kota Bharu, Kelantan
Tajuk Street Health Education yang disampaikan adalah : Sentuhan Selamat dan Sentuhan Yang Tidak Selamat. Khas ditujukan kepada anak-anak dan ibu bapa yang hadir.

Dianggarkan seramai 200 orang yang hadir untuk mendengar Street Health Education ini sambil menjamu selera.

Street Health Education akan tetap kita teruskan dimana sahaja. Kerana jika ingin diharapkan golongan asnaf sebegini untuk pergi ke klinik bagi mendapatkan pendidikan kesihatan, memang sukar dan banyak halangannya.
Jadi, biar kita yang turun padang dan santuni mereka sebaik mungkin.

Selesai Program Health Street Education, majis diteruskan dengan pemberian duit raya kepada anak-anak asnaf yang hadir. Sungguh tersentuh hati melihat wajah dan riak muka mereka yang ceria dan gembira.
Bertuahnya kita jika nak dibandingkan dengan mereka. Ya Allah, bantu kami dan bantu mereka juga.

Akhir sekali program ditutup dengan pemberian daging-daging mentah kepada asnaf yang telah diberikan kupon.
Semoga Allah SWT menerima korban kita semua dan segala infak yang kita berikan.