Kolokium Fiqh Perubatan di Bulan Ramadhan dan Iftar INAM 2025

SUNGAI BULOH, 20 Mac 2025 | Kolokium Fiqh Perubatan di Bulan Ramadhan dan Iftar INAM 2025 serta majlis pelancaran cabang INAM Youth telah berlansung pada 20 Mac 2025 di Auditorium Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang lalu. Dengan kehadiran seramai 240 orang pelatih ILKKM serta 30 orang awam.

Program dimulakan dengan ucapan dari Prof. Zahrah Sa’ad selaku Penaung Persatuan Jururawat Islam Malaysia (INAM). Beliau menjelaskan pentingnya jururawat muslim bersatu atas platform INAM. Disamping itu, menghargai masa dan umur dengan melakukan aktiviti berteraskan agama.  Sebagai satu refleksi terhadap sejarah kejururawatan yang lalu – perlu berlaku satu evolusi untuk memastikan Islamisasi dan kejururawatan berlaku dengan lebih baik dan berskala besar.

Selanjutnya, acara diteruskan dengan pembentangan Kajian Ketokohan Rufaidah Al Aslamiyya sebagai jururawat pertama dalam dunia Islam oleh Saudara Zamri Bin Shahri. Pembentangan ini mengupas perbandingan antara Rufaidah dan Florance Nightingale serta kebersamaannya. dengan mendatangkan dalil naqli keutamaan Rufaidah dan sejarah Islam yang mengiktiraf sumbangan beliau. Selain itu beliau juga membawa para peserta untuk melakukan satu muhasabah diri dengan membandingkan perjuangan Rufaidah dan sahabiah yang lain sebagai jururawat. Dikesempatan itu juga, beliau telah mempromosikan INAM dan kelebihan menjadi ahli kepada para pelatih yang hadir. INAM bersetuju tidak mengenakan sebarang yuran pada tahun pertama menjadi ahli.

Kemuncak acara, pembentangan Kajian Medical Fiqh in Ramadan oleh Ybrs Mejar (Dr) Ahmad Faidhi Bin Muhammad Zaini. Beliau membawa hujah dan konsep teras Al Jauf dan As Soum dalam puasa Ramadhan serta kajian terkini mengenai fatwa-fatwa yang berkaitan Perubatan serta Puasa Ramadhan. Selain itu, beliau menerangkan kepada para peserta mengenai isu perbezaan fatwa dan konsep Fiqh Al Auliyyat. Di samping itu, beliau juga memberi hujah rukhsah dan tatacara pengamalannya yang betul.

Majlis di akhiri dengan Majlis Iftar beramai-ramai. INAM telah menaja sepenuhnya majlis iftar tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top