Mengenai Kami

Pendidikan dan kebajikan dalam membawa jururawat muslim aktif berpersatuan dan memberi sumbangan kepada profesyen kejururawatan serta masyarakat diluar waktu rasmi bekerja berteraskan dakwah dan perjuangan nilai etika Islam dalam dunia kejururawatan

PENANUNG INAM

INAM menjadi platform penyatuan semua jururawat Muslim bagi memperjuangkan etika Islam dan hak jururawat muslim dalam dunia kejururawatan.
Pertama sekali, Bonda ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt kerana dengan izin-Nya bonda masih lagi diberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk terus digunakan berbakti kepada profesyen kejururawatan. Bermula kerjaya sebagai jururawat kerajaan sehinggalah menjawat jawatan yang penting dalam agensi pendidikan swasta dan kini diberi peluang berkhidmat sebagai Penaung INAM adalah satu kesinambungan perjuangan bonda yang tidak dapat bonda noktahkan sehingga nafas yang terakhir.
Harapan bonda, agar suatu hari nanti dapat melihat INAM menjadi platform penyatuan semua jururawat Muslim bagi memperjuangkan etika Islam dan hak jururawat muslim dalam dunia kejururawatan khususnya di Malaysia.
Bonda percaya, INAM yang dibina atas tuntutan firman Allah swt dalam surah Al Imran ayat 104 ini mampu bergerak aktif dan memperlihatkan cerminan Islam yang sebenar kepada masyarakat umum khasnya kakitangan kesihatan.

Yang sedia berkhidmat,

Prof Zahrah Binti Saad
Penaung INAM

PENGERUSI INAM

Tuntutan surah Al Imran ayat 104 menjadi asas penubuhan INAM . Sejak didaftarkan pada tahun 2018, INAM komited untuk merealisasikan matlamatnya menerusi  peranan jururawat sebagai agen perubahan  atau agent of change (Sullivan, 2012).

Walaupun diawal penubuhannya, mereka yang menentang dengan pelbagai alasan lebih ramai dari yang menyokong, namun berpandukan matlamat yang jelas dan urus tadbir persatuan yang senantiasa diperbaiki dari semasa ke semasa, dengan izin Tuhan INAM masih relevan dan terus bergerak tidak berundur walau seinci. Bahkan ini lah sebahagian dari jihad bagi para jururawat muslim diatas ruang autonomi yang diberikan melalui platform NGO untuk mencapai redha Tuhan sesuai yang dinukilkan oleh Ibn Rusyd dalam Kitab Mukaddimahnya halaman 259.

Gerakan INAM dapat disimpulkan sebagai satu Gerakan Perawat Kesihatan yang mendidik masyarakat menerusi program pendidikan kesihatan dan kebajikan diluar waktu kerja hakiki. Mana mungkin mendidik tanpa menyantuni umat dan mustahil memadai menyantuni sahaja tanpa diberikan ilmu kesihatan yang baik kepada masyarakat. 

Bahkan menggerakkan kedua-dua elemen tersebut iaitu pendidikan dan kebajikan serentak mampu membentuk sahsiah diri yang terbaik dan bermanfaat kepada orang lain sebagaimana dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan dinilai sahih oleh Al Albani dalam Shahihul Jami’ mengenai ciri-ciri sebaik-baik manusia.

INAM juga terus komited untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang berkepakaran dalam ilmu teknologi, Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligent) dan apa-apa yang berteraskan innovasi yang memerlukan seseorang itu terus berfikiran kritis bagi mewujudkan sebarang kerjasama demi melahirkan jururawat muslim yang bertakwa, berdaya saing dan peka dengan perubahan keadaan sekeliling.

Akhir kata, diharapkan agar INAM akan menjadi platform of choice kepada semua jururawat diluar sana tanpa ada paksaan untuk memberikan sokongan secara tenaga, buah fikiran mahupun dana bagi memastikan ia terus relevan untk bergerak dan memberi impak yang positif kepada dunia kejururawatan khasnya di Malaysia.

Jazakumullahul khairan katsira, terma kasih.

Zamri Bin Shahri
Pengerusi INAM

Mengenai Kami

Persatuan Jururawat Islam Malaysia (INAM)

Logo-Inam-White-Background

Persatuan Jururawat Islam Malaysia (INAM),  No. Pendaftaran: PPM-012-14-30052018 telah ditubuhkan pada 30 Mei 2018 dengan matlamat yang jelas iaitu yang berorientasikan pendidikan dan kebajikan dalam membawa jururawat muslim aktif berpersatuan dan memberi sumbangan kepada profesyen kejururawatan serta masyarakat diluar waktu rasmi bekerja berteraskan dakwah dan perjuangan nilai etika Islam dalam dunia kejururawatan. 

Matlamat

Penubuhan persatuan ini berlandaskan kepada beberapa matlamat :

Menyatukan Semua Jururawat Muslim.

Menyatukan semua jururawat muslim di Malaysia dari segenap bidang disiplin kerja, organisasi dan latarbelakang pendidikan dalam satu platform yang sama bagi menjalankan proses asimilasi ilmu yang berterusan, bertukar pandangan, berkongsi idea serta berdialog demi menaikkan mutu dan taraf imej kejururawatan di Malaysia selari dengan kehendak syariah.

Menyediakan platform bagi program-program latihan berbentuk pendidikan

Menyediakan platform bagi program-program latihan berbentuk pendidikan kepada jururawat dalam memantapkan lagi fungsi dalam masyarakat sebagai perawat muslim dan meningkatkan kefahaman, penilaian dan amalan perawatan yang berteraskan al-quran dan as-sunnah.

Sebagai Suara Ketiga

Sebagai suara ketiga dalam menyampaikan pandangan kepada mana-mana badan kejururawatan yang terlibat dengan polisi perawatan agar selari dengan kehendak syariah dan memperjuangkan kepentingan penghayatan agama dalam kehidupan sebagai perawat muslim.

Menggalakkan Penyelidikan Dan Penerbitan

Menggalakkan penyelidikan dan penerbitan mengenai rawatan bagi menaikkan nama kejururawatan malaysia sebagai satu profesyen yang profesional, berorientasikan penyelidikan berasaskan dan amalan kejururawatan berasaskan bukti yang sememangnya selari dengan kehendak agama.

Meningkatkan Imej Jururawat Muslim

Meningkatkan imej jururawat muslim melalui program kemasyarakatan berunsurkan pendidikan dan memperkasakan sumbangan terhadap masyarakat melalui program sukarelawan.

Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perubatan dan paramedik serta bukan perubatan

Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perubatan dan paramedik serta bukan perubatan dalam menjayakan apa-apa program kesihatan demi membentuk masyarakat yang sihat dan peka terhadap tuntutan agama.

Logo INAM

1. INAM

INAM bermaksud Islamic Nurses Association Malaysia atau Persatuan Jururawat Islam Malaysia.

2. BULAN SABIT MERAH

Bulan Sabit Merah melambangkan perubatan dan perawatan berteraskan Islam.

3. BURUNG HELANG

Burung Helang melambangkan semangat juang dikalangan ahli jururawat.

AHLI JAWATANKUASA

Ahli Jawatankuasa Sesi 2024 / 2025

Matlamat penubuhan persatuan ini berorientasikan pendidikan dan kebajikan dalam membawa jururawat muslim aktif berpersatuan dan memberi sumbangan kepada profesyen kejururawatan serta masyarakat diluar waktu rasmi bekerja berteraskan dakwah dan perjuangan nilai etika Islam dalam dunia kejururawatan. 

Hubungi Kami

Scroll to Top