Karnival Sukan Jururawat 2025

KLANG, 13 September 2025  |  Karnival Sukan Jururawat 2025 yang dianjurkan oleh Persatuan Jururawat Islam Malaysia (INAM) dengan kerjasama Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia (MMN) berlangsung dengan jayanya. Perasmian acara dilancarkan secara rasmi oleh Puan Kartina binti Mohammad Nayan, Timbalan Pengarah, Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Turut hadir Prof. Zahrah Sa’ad, Penaung Persatuan Jururawat Islam Malaysia (INAM) serta Puan Nurul Muza Muhayen, COO Muzamal Industries Sdn Bhd selaku penaja utama karnival.

Seramai 21 regu badminton, 11 regu lelaki dan 10 regu wanita. Manakala 15 pasukan futsal lelaki yang menyertai pertandingan ini. Penyertaan ini terbuka kepada semua jururawat yang ada di Malaysia. Acara berlansung dengan meriah disamping acara samping juga dilaksana pertandingan mewarna untuk anak-anak yang turut menghadiri dengan keluarga masing-masing.

Untuk pertandingan futsal, pemenang-pemenang adalah seperti berikut :

Johan Futsal : MN Teluk Intan

Naib Johan Futsal : MN Johor

Ketiga Futsal : Male Nurse SASMEC A IIUM Pahang

Keempat Futsal : KPJC Johor Bahru

Penjaga Gol Terbaik : Ahmad Dhiyauddin Bin Jamaludin

Penjaring Gol Terbanyak : Muhammad Syahmi Bin jefri

Untuk pertandingan badminton pemenang-pemenang adalah seperti berikut :

Regu Lelaki

Juara : Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Muhamad Hisyam b Mohamad Kamal & Nik Mohd Rayyan b Mohd Rosli

Naib Juara : Melaka / Johor
Muhamad Safwan b Dorani & Adzmeer b Ab Samad

Ketiga : Batu Pahat
Abu Hudzaifah b Ahmad Lazim & Mujahid b Ahmad Fazil

Regu Wanita

Juara : SASMEC IIUM Pahang
Nurfarahain bt Rosli & Noraini bt Abdul Kadir

Naib Juara : Pusat Perubatan Universiti Malaya
Nurfarishya bt Ghazali & Khairun Nawwarah bt Rosli

Ketiga : HKL / UIA
Khalijah bt Hanapi & Nurfarahin bt Hassan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top