3rd NSCS 2026 Update

3rd NURSING SPIRITUAL CARE SYMPOSIUM :
NURTURING HOPE AND EMBRACING FAITH IN CARING FOR SICK CHILDREN

Penjagaan kanak-kanak yang sakit memerlukan pendekatan yang melangkaui rawatan klinikal. Di sebalik setiap diagnosis, terdapat seorang anak yang sedang berhadapan dengan kesakitan, ketakutan dan ketidakpastian; ibu bapa yang memikul kebimbangan serta harapan; dan jururawat serta pasukan kesihatan yang berusaha memberikan penjagaan terbaik dalam situasi yang sering mencabar.

Program 3rd Nursing Spiritual Care anjuran Islamic Nurses Association of Malaysia (INAM) membawakan tema “Nurturing Hope, Healing Hearts and Embracing Faith in Caring for Sick Children”. Program ini bertujuan memperluas pemahaman peserta tentang penjagaan kanak-kanak secara holistik dengan menggabungkan aspek klinikal, psikososial, kekeluargaan, profesional dan spiritual.

Melalui perkongsian pakar neonatologi, ahli akademik kejururawatan yang berpengalaman dalam onkologi pediatrik, pemimpin kejururawatan, jururawat lelaki berpengalaman di NICU serta jururawat yang turut berkhidmat dalam penjagaan paliatif dan mempunyai latar belakang agama, program ini akan menelusuri cabaran menyelamatkan nyawa, pengalaman kanak-kanak dengan penyakit serius, peranan jururawat, kepentingan belas ihsan tanpa mengira jantina, serta sokongan spiritual dalam menjaga maruah dan keselesaan pesakit.

Program ini turut membuka ruang untuk membincangkan keperluan kanak-kanak kelainan upaya, sokongan kepada keluarga dan penjaga, serta kepentingan merancang penjagaan berterusan yang menghormati potensi, hak dan kualiti hidup setiap kanak-kanak. 

Perspektif agama akan dibawa secara berhemah, dengan menekankan rahmah, ihsan, harapan dan sokongan tanpa menyalahkan pesakit atau keluarga atas penyakit dan keadaan yang dialami.

OBJEKTIF

Penganjuran simposium ini berteraskan kepada beberapa objektif, iaitu :

  • Mempertingkat pengetahuan peserta tentang penjagaan kanak-kanak yang sakit secara holistik, merangkumi aspek klinikal, emosi, psikososial, kekeluargaan dan spiritual.

  • Meningkatkan kefahaman tentang pengalaman dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak serta keluarga ketika berhadapan dengan penyakit serius.

  • Mengukuhkan peranan jururawat dalam memberikan penjagaan yang selamat, berempati, berpusatkan kanak-kanak dan melibatkan keluarga.

  • Meningkatkan kesedaran tentang penjagaan inklusif untuk kanak-kanak kelainan upaya serta keperluan sokongan jangka panjang.

  • Meneroka peranan keimanan, nilai agama, rahmah dan ihsan dalam memberikan sokongan spiritual yang beretika dan tidak menghakimi.

  • Menggalakkan refleksi profesional dan perkongsian amalan baik dalam kalangan petugas kesihatan bagi meningkatkan pengalaman penjagaan pesakit dan keluarga.

BORANG PENDAFTARAN

3rd Nursing Spiritual Care Symposium 2026

BORANG PENDAFTARAN

 

3rd NURSING SPIRITUAL CARE SYMPOSIUM:

NURTURING HOPE AND EMBRACING FAITH IN CARING FOR SICK CHILDREN

 

Isi dan lengkapkan maklumat berikut :

YURAN PENYERTAAN 

Infaq :  RM60.00 - Members INAM/MNA | RM80.00 - Non-Members 
Pembayaran hendaklah dibuat melalui akaun bank berikut : 
Penama Akaun :  Persatuan Jururawat Islam Malaysia (INAM)
Bank : Maybank Berhad  | No Akaun :  5640 9851 3333

 

Logo INAM 3-01

Matlamat penubuhan persatuan ini berorientasikan pendidikan dan kebajikan dalam membawa jururawat muslim aktif berpersatuan dan memberi sumbangan kepada profesyen kejururawatan serta masyarakat diluar waktu rasmi bekerja berteraskan dakwah dan perjuangan nilai etika Islam dalam dunia kejururawatan. 

Hubungi Kami

Scroll to Top